02 Februari 2020

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN PRS BERWIBAWA 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita melaklumkan bahawa unit Bimbingan dan Kaunseling (B&G) akan melancarkan program  yang disebutkan di atas seperti yang tercatat di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 3 Februari 2020
  • Tapak perhimpunan rasmi
  • 7:30 pagi

Aktiviti yang termasuk dalam program ini adalah seprti berikut:-

  • Amalan Guru Penyayang
  • Mentor-mentee
  • PRS berwibawa - pelantikan pengawas PRS
  • Pasukan Solat Jenazah dan Pasukan Bacaan Tahlil dan doa.

Semua penyertaan adalah dari kalangan murid-murid sekolah. Usaha ini bersesuaian dengan salah satu insiatif Piagam Sinergi 5P iaitu mengupayakan kebolehan serta bakat murid dan memaksimumkan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti sekolah.

Pihak sekolah amat mengharapkan sokongan daripada para ibubapa dalam menjayakan semua aktiviti sekolah yang berfokuskan kecemerlangan intelek, emosi, rohani, sukan dan sahsiah murid-murid.

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.