19 Januari 2020

AMARAN JANGKITAN INFLUENZA A, NOVEL CORONAVIRUS dan CUACA PANAS MELAMPAU

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa amaran wabak Influenza A dalam kalangan murid-murid sekolah di seluruh Malaysia semakin meningkat. Justeru itu, para ibu bapa serta waris murid-murid sekolah ini adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah berwaspada terhadap tanda-tanda jangkitan penyakit pada diri anak-anak tuan puan. Justeru itu tuan puan dinasihatkan supaya membekalkan penutup hidung / muka (face mask) kepada anak tuan puan semasa ke sekolah. Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan ancaman jangkitan,

Pihak sekolah ingin menasihatkan para ibu bapa supaya meningkatkan tahap kebersihan diri anak-anak tuan puan. Jika boleh kurangkan aktiviti tempat-tempat tumpuan orang ramai. Para ibu bapa juga perlu mengurangkan penglibatan anak tuan puan dalam aktiviti fizikal dalam waktu panas dan banyakkan minum air sejuk. Semoga dengan mengambil langkah berwaspada ini dapat mengurangkan masalah kesihatan dalam kalangan anak tuan puan.

Sekian, terima kasih.