04 Februari 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 16

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sk Bandar Tasek Mutiara Ke 16 telah dijadualkan untuk diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 15 Februari 2020
  • Dewan Mutiara
  • 8:00 pagi - 12:00 tengah hari

Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) menjadi platform perbincangan dan wadah di antara ibu bapa dan pihak sekolah membina persefahaman dan meningkatkan kerjasama dalam usaha melahirkan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri murid-murid.

Demi mencapai kecemerlangan muirid-murid sekolah ini, semua ibu bapa atau waris adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut supaya dapat merancang program serta aktiviti yang boleh dijadikan pemangkin kepada kecemerlangan sekolah.

Sekian, terima kasih.