16 Mac 2021

PENYERTAAN KAD UCAPAN DAN KLIP VIDEO UCAPAN 'TERIMA KASIH CIKGU' SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 Salam sejahtera,


Marilah kita sama-sama menzahirkan kecintaan dan rasa terima kasih  kepada barisan guru-guru SKBTM yang telah menyumbang masa, tenaga dan harta benda bagi memastikan kejayaan anak tuan puan. Dengan usaha yang tidak mengenal perit jerih telah melahirkan individu-individu yang berketrampilan dalam masyarakat dan seterusnya menyumbang ke arah kejayaan Malaysia. 

Terima kasih cikgu!!!!!.

19 Februari 2021

PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman yang dibuat Menteri Pendidikan bahawa semua sekolah rendah telah dijadualkan dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka seperti yang dicatatkan di bawah:-

Semua Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia:-

  • Kelas-kelas Prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua:- 
      • Hari Isnin
      • 1 Mac 2021
  • Kelas-kelas Tahun Tiga hingga Tahun Enam:-

      • Hari Isnin
      • 8 Mac 2021
Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa diminta prihatin dengan makluman berkenaan pembukaan sekolah sesi 2021 ini. Semua murid dikehendaki membawa buku teks, buku latihan serta peralatan menulis yang secukupnya semasa hadir ke sekolah dengan mengikuti jadual pembelajaran harian yang ditetapkan.

Sekian, harap maklum.

17 Januari 2021

PENANGGUHAN SEMUA SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa semua sesi persekolahan murid-murid Prasekolah hingga ke Tahun Enam Sekolah Rendah ditangguhkan ke satu masa yang akan diumumkan kelak. Penangguhan ini adalah selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi mengawal penularan pendemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, pembelajaran murid-murid masih boleh diteruskan dengan pelaksanaan skim pembelajaran dari rumah (PdPr). Pihak sekolah akan mengumumkan prosedur pembelajaran dari rumah kepada ibu bapa serta waris melalui grup kelas anak tuan puan.

Sekian. Harap maklum.

19 Disember 2020

PERSEKOLAHAN SESI 2021

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita diumumkan bahawa sesi perskolahan tahun 2021 akan bermula seperti yang dicatatkan dalam takwim persekolahan tahun 2021 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):-



Sehubungan itu, semua ibu bapa serta waris murid-murid sekolah adalah dinasihatkan supaya membuat persiapan awal sebelum sesi persekolahan bermula. Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai bayaran pelbagai yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau waris pada sesi persekolahan tahun 2021.

Sekian. harap maklum.