23 Jun 2018

MAJLIS 'JASAMU DIKENANG'

Salama sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan majlis yang disebutkan di atas sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada bekas Guru Besar SK Bandar Tasek  Mutiara, Puan Hajah Zaini bt Omar yang telah bersara pada tarikh 1 Jun 2018.

Majlis tersebut akan berlangsung pada 28 Jun 2018 dan akan dihadiri para Guru Besar / Pengetua sekolah-sekolah di Seberang Perai Selatan, para pegawai Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan serta jemputan yang lain. 

Seluruh warga SKBTM mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada Puan Hajah Zaini dan terima kasih atas sumbangan, nasihat dan tunjuk ajar dalam usaha menjayakan organisasi.

Sekian, terima kasih.