13 Mei 2018

SAMBUTAN HARI GURU 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara  (BKGS) akan menganjurkan program apresiasi guru sempena sambutan Hari Guru bagi tahun 2018.

Majlis apresiasi tersebut telah dijadualkan diadakan pada hari Rabu, 16 Mei 2018 di dataran perhimpunan bermula jam 7:15 pagi bertemakan "GURU: PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN"


Para guru SKBTM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PIBG kerana berbesar hati mengurus program apresiasi ini.

Sekian.