04 Julai 2018

HARI BERTEMU PELANGGAN 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa hari terbuka SKBTM telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Jumaat
  • 6 Julai 2018
  • 9:00 pagi
Sehubungan itu semua waris atau penjaga dijemput hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran anak tuan puan bagi membincangkan perkembangan pelajaran mereka. Untuk kelas-kelas Tahun Satu hingga Tahun Lima majlis perjumpaan di adakan di kelas masing-masing. Bagi Tahun Enam, perjumpaan diadakan di foyer bermula dengan penerangan Guru Besar serta pembentangan prestasi mata pelajaran PPSR oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Kehadiran tuan puan penjaga atau waris amat dialu-alukan.

Sekian. Harap maklum.