30 April 2017

DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) 2017



Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Program DLP dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah secara rintis bermula 2016. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi. Bagi tujuan pelaksanaan rintis DLP, mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik dan Sains Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Justeru itu mulai 30 Jun 2016, guru-guru dari sekolah-sekolah rintis Kohort 1 dan Kohort 2 dikehendaki mendaftar dengan laman sesawang English Language Teaching Centre untuk mengikuti latihan dalam talian.


Sekian, harap maklum.