18 April 2017

PROGRAM SENTUHAN 'BONDA'

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa program Sentuhan 'Bonda' yang melibatkan murid-murid Tahun Enam serta ibu bapa dan waris yang akan dijalankan seperti yang dinyatakan di bawah:
  • Hari Sabtu
  • 22 April 2017
  • Dewan Mutiara
  • 8:00 pagi

Program ini merupakan penjenamaan semula program 'Jalinan Kasih' untuk murid-murid Tahun Enam yang telah sekian lama dilaksanakan. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara ibu bapa murid-murid Tahun Enam dengan guru-guru serta menjadi platform bertukar-tukar pendapat demi kemajuan pendidikan.

Justeru itu, semua ibu bapa serta waris murid-murid Tahun Enam adalah digalakkan hadir ke program yang dinyatakan di atas. Sesi perbincangan prestasi murid-murid dengan guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan diadakan di akhir program.

Sekian, harap maklum.