09 Mei 2017

PELANCARAN PROGRAM ' HUFFAZ CILIK - SYNERGIC GENERATION'

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa pelancaran program 'Huffaz Cilik - Synergic Generation' akan dilancarkan pihak sekolah seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 13 Mei 2017
  • Dewan Mutiara
  • 8:00 pagi

Program ini merupakan inovasi pihak sekolah berteraskan elemen 'Sinergi 5P'. Program ini akan melatih, membimbing dan mengasuh murid-murid dari Tahun Empat dan Tahun Lima dalam ilmu Al Quran. Program ini mendapat sokongan, kerjasama serta khidmat nasihat Akademi Tahfiz Mutiara (ATM) di bawah kelolaan Ustaz Hj. Mohd Naeem b. Hashim Al Hafiz. Beberapa orang tenaga pengajar daripada ATM akan digunakan sebagai guru Al Quran.

Semua ibu bapa serta waris murid-murid Islam Tahun Empat dan Tahun Lima dikehendaki hadir ke sekolah bagi mendengar taklimat dan penerangan lanjut mengenai program yang akan disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKBTM, Puan Maheran Aris dan Mudir, Akademi Tahfiz Mutiara, Hj. Mohd. Naeem Hashim Al Hafiz..

Sekian. Harap maklum. Terima kasih.