22 April 2014

TAKLIMAT PELAKSANAAN I-THINK ONLINE LEARNING

Adalah dimaklumkan bahawa satu taklimat pelaksaaan program Kemahiran Berfkir Aras Tinggi (KBAT) i-Think Online untuk guru-guru akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 23 April 2014
  • Makmal Komputer 2
  • 1:45 petang

Sehubungan itu, semua guru adalah diwajibkan hadir ke sesi taklimat tersebut. Program ini adalah sebahagian daripada modul pelakasanan secara berperingkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) @ Higher Order Thinking Skills (HOTS) di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah sebahagian daripada pendekatan dan penambahbaikan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Para guru akan dinilai melalui pembelajaran dalam talian yang meliputi dua puluh lima modul. Penilaian dalam talian akan dilaksanakan selama dua bulan bermula April 2014.

Sekian, harap maklum.