22 April 2014

PKSR 1 DAN UPTP 1

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Satu (PKSR 1) dan Ujian Pengesanan Tahap Pencapaian Satu (UPTP 1) seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • UPTP1 : Murid-murid Tahun Enam
  • PKSR1 : Murid murid Tahun Satu - Tahun Lima

Kedua-dua penilaian ini akan diadakan bermula hari Isnin, 5 Mei 2014 sehingga hari Khamis, 8 Mei 2014. Sehubungan itu, semua murid adalah dinasihatkan untuk membuat ulangkaji mata pelajaran bagi menghadapi penilaian tersebut.


Sekian, memaklumkan.