25 April 2014

PROGRAM MOTIVASI MURID-MURID TAHUN EMPAT HINGGA ENAM

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program motivasi kepada murid-murid Tahun Empat hingga Tahun Enam. Program ini adalah di bawah seliaan unit Bimbingan dan Kaunseling. Program tersebut akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 26 April 2014
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • 8:00 pagi

Semua murid dari Tahun Empat hingga Tahun Enam adalah diwajibkan hadir ke program tersebut. Program ini bertujuan melahirkan generasi murid-murid SKBTM yang berketrampilan, progresif, berfikiran jauh dan mempunyai ketahanan mental serta kekuatan fizikal.