04 Mac 2014

PENDAFTARAN MURID KE TAHUN SATU

Adalah dimaklumkan bahawa sesi pendaftaran murid-murid ke Tahun Satu, 2015 dan 2016 telah dibuka mulai 1 Januari 2014. Pendaftaran tersebut adalah seperti berikut:-

  • lahir pada 2 Januari 2008 sehingga 1 Januari 2009 
      (akan mendaftar ke Tahun Satu, 2015)

  • lahir pada 2 Januari 2009 sehingga 1 Januari 2010 
      (akan mendaftar ke Tahun Satu, 2016)

Justeru itu, semua ibu bapa atau waris bolehlah mendaftar anak-anak tuan puan ke Tahun Satu pada tahun-tahun berkenaan yang berdasarkan tahun anak-anak tuan puan dilahirkan. 

Sekian, harap maklum.