03 Mac 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG 2014

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah melancarkan program yang disebutkan di atas sebagai salah satu daripada usaha untuk merapatkan hubungan di antara guru dan murid. Program ini juga bertujuan melahirkan rasa sayangi sekolah dalam diri murid-murid sekolah. 

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan Guru Besar SKBTM, Puan Hajjah Zainee bt. Omar di Dataran Ilmu @ Perhimpunan sekolah pada jam 8:00 pagi, 3 Mac 2014. Terdapat beberapa program yang telah dirancang pihak sekolah di sepanjang tahun 2014 ini yang akan melibatkan semua murid dan ibu bapa. 

Diharapkan dengan adanya program seperti ini perhubungan dan rasa cintakan sekolah akan lebih tersemai di kalangan murid-murid sekolah dan ini akan dapat membantu mengekalkan prestasi serta rasa kebergunaan pada semua warga sekolah.

Sekian dimaklumkan.