06 Mac 2014

PROGRAM JPAM BERSAMA SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Pinang akan mengadakan majlis bersama sekolah. Majlis tersebut dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Selasa
  • 11 Mac 2014
  • 8:15 pagi - 1:15 petang
  • Dewan Mutiara dan Dataran Perhimpunan, SKBTM
  • Acara ceramah keselamatan awam, demonstrasi memadam api @ kebakaran dan pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak.

Program ini merupakan usaha atau pengisian tanggung jawab sosial pihak JPAM terhadap masyarakat terutamanya pihak sekolah. Melalui program seperti ini, pihak JPAM akan dapat mengeratkan hubungan antara agensi tersebut dengan orang awam serta menerangkan peranan atau fungsi kewujudan agensi ini kepada orang awam.

Sekian. Harap maklum.