Adalah memaklumkan bahawa Kementeian Pendidikan Malaysia akan menamatkan bantuan skim BISP kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar subjek-subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris serta PPP yang mengajar subjek Bahasa Inggeris mulai 1 Januari 2014.
Penamatan insentif BISP adalah sebahagian daripada program yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk menggantikan dasar Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Surat pekeliling ini bertarikh 1 November 2013 dan boleh dilihat dan dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sekian harap maklum dan terima kasih.