Adalah dimaklumkan bahawa ibu bapa dan guru-guru boleh menyemak keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013 di laman sesawang berikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia mulai jam 10:00 pagi hari Khamis, 14 November 2013.
Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS untuk menyemak keputusan UPSR dengan menaip seperti yang dicatatkan di bawah:-
UPSR (angka giliran) dan SMS ke 15888.
Contohnya:- UPSR AG12345678 dan hantar ke 15888
Justeru itu, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada semua calon UPSR 2013 SKBTM. Diharapkan agar calon-calon UPSR 2013 SKBTM berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Sekian memaklumkan dan terima kasih.