Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan kajian National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan - Pemantapan Profesion Guru (PPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung tanggungan bebanan guru-guru di sekolah.
Kajian ini melibatkan kumpulan pelaksana di sekolah seperti yang di catatkan di bawah:-
- Kategori Guru,
- Kategori Anggota Khidmat Pengurusan (AKP)
Kajian lapangan ini akan berlangsung dari 24 November hingga 4 Oktober di sekolah rendah dan menengah terpilih di enam (6) buah negeri iaitu:-
- Pulau Pinang
- Perak
- Johor
- Sarawak
- Pahang, dan
- Sabah
Objektif kajian ialah untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugas utama, sampingan dan operasi / pentadbiran yang dilaksanakan guru di sekolah. Untuk pengetahuan pengurusan sekolah, pegawai penyelidik akan melawat sekolah tuan / puan untuk mentadbir instrumen kajian kepada maksimum dua puluh orang guru (20) dan empat (4) orang Pembantu Tadbir PO/PT.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.