Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibuabapa dan Guru-guru (PIBG) akan menganjurkan hari komuniti yang bertujuan mengeratkan hubungan di antara ibu bapa murid-murid di sekolah ini dengan staf akademik dan sokongan sekolah.
Program ini merupakan sebahagian daripada program Sarana @ Ibu bapa, Komuniti dan Swasta (IBKS), Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui program ini semua pihak yang terlibat secara langsung dengan sekolah dijemput memainkan peranan yang aktiviti demi kebaikan dan kejayaan sekolah serta komuniti setempat.
Pelancaran Program Ibu bapa, Komuniti dan Swasta (IBKS) peringkat sekolah akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-
Banyak aktiviti menarik seperti sukan rakyat dan pameran agensi-agensi kerajaan tempatan dan swasta telah dirancang pihak sekolah dan PIBG bagi mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan sekolah. Justeru itu, semua penduduk setempat dijemput hadir dan memeriahkan program pada hari tersebut.