Sukacita memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan menganjurkan festival bercerita kanak-kanak peringkat antarabangsa ataupun Penang Internatioinal Kids Storytelling Festival (PINKS) 2013 seperti yang dicatatkan di bawah:-
- 26 Oktober 2013
- Seameo RECSAM Pulau Pinang
- 10:00 pagi - 6:00 petang
Dalam festival ini para pengunjung akan berpeluang menyaksikan persembahan bercerita kanak-kanak dan beberapa bengkel serta teknik bercerita dalam pelbagai bahasa dan gaya yang sangat menarik. Justeru itu, para ibu bapa serta guru-guru adalah dijemput ke festival tersebut.
Sekian memaklumkan.