Unit Ko Kurikulum telah menganjurkan "Pertandingan Penyediaan Makanan Tanpa Api" unit Beruniform pada hari Rabu, 2 Oktober 2013 di sekitar kawasan sekolah. Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua ahli unit beruniform sekolah. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dianggotai setiap wakil unit beruniform. Beberapa orang guru penasihat telah dipilih untuk menjadi juri kepada pertandingan memasak tersebut.
 |
Setiap ahli melakukan aktiviti dengan ceria dan berdisiplin. |
 |
Setiap ahli menyumbang tenaga dan idea dalam menyediakan hidangan yang lazat. |
 |
Hidangan dipersembahkan mengikut kreativiti tersendiri |
 |
Aktiviti yang melibatkan semua kaum di Malaysia |
 |
Suasana yang meriah di kawasan sekolah |
 |
Murid-murid lelaki juga membantu menyediakan hidangan |
 |
Hidangan pembuka selera yang lazat dan berkhasiat |
 |
Hidangan minum petang yang hebat |
 |
Penghilang dahaga yang menyegarkan |
 |
Hidangan salad setanding MasterChef |
 |
Sandwich berkhasiat dan menyelerakan |
Guru Besar SKBTM, Puan Hajjah Zainee berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada Penolong Kanan Ko Kurikulum dan para guru penasihat yang telah berjaya menganjurkan aktiviti yang sungguh meriah. Syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan minat yang membanggakan dalam menjalankan aktiviti secara terancang.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang indah di minda kita semua. Tahniah dan syabas.
Sekian.