Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mula mengedarkan buku-buku teks kepada murid-murid sebagai persediaan menghadapi tahun akademik 2014.
Ibu bapa serta waris diminta mengumpul semua buku-buku teks tahun akademik 2013 dengan memastikan bilangan yang diberi sama seperti dalam daftar pinjaman Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kelas dan sekolah.
Pengedaran buku-buku teks ini adalah kepada SEMUA MURID dan diberikan secara PERCUMA. Jika terdapat kes-kes kehilangan buku teks, tuan puan dimestikan membayar semua harga buku tersebut kepada pihak sekolah.
Tarikh pengedaran buku-buku teks ialah bermula dari 29 Oktober sehingga 8 November 2013. Anak tuan puan akan diberitahu tarikh pengambilan buku teks mengikut kelas.
Sekian. Harap maklum.