28 Oktober 2013

HARI KOMUNITI SKBTM 2013


Sukacita memaklumkan bahawa Hari Komuniti SKBTM 2013 telah dianjurkan dengan berjaya dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Program ini telah dirasamikan oleh Encik Mohd Fuad bin Mat Isa, Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Dr. Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.




Pihak sekolah dan PIBG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, murid-murid, staf akademik dan sokongan SKBTM, komuniti Bandar Tasek Mutiara serta pihak YB Dato Seri Menteri Dalam Negeri yang telah menyokong usaha murni untuk  merapatkan hubungan di antara semua ahli komuniti.
Tapak perasmian program


Penerangan yang jelas kepada semua pengunjung
Ucapan terima kasih juga kami panjangkan kepada agensi-agensi kerajaan pusat dan kerajaan tempatan serta wakil-wakil pihak swasta yang turut sama menjayakan program ini. Pihak sekolah dan PIBG berharap kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Sekian. Terima kasih.