Murid-murid Tahun Enam telah menyertai pertandingan penyediaan makanan yang merupakan sebahagian daripada program pasca UPSR 2013. Pertandingan ini melibat semua murid Tahun Enam. Murid-murid telah dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menyediakan makanan ringan atau set dessert.
 |
| Murid bekerjasama menghasilkan hidangan yang menyelerakan |
 |
| Hidangan minuman yang menyegarkan |
 |
| Hidangan sandwich yang lazat dan berkhasiat |
 |
| Kumpulan murid-murid lelaki juga menunjukkan bakat dalam menyediakan hidangan yang hebat |
Murid-murid SKBTM telah berjaya membuktikan kehebatan bukan sahaja dalam bidang akademik malahan dalam bidang sukan serta kulinari. Tidak hairan jika pada masa hadapan akan lahir chef-chef terkenal dari kalangan murid-murid SKBTM. Selamat maju jaya.
Sekian.