05 Jun 2013

LATIHAN RUMAH SUKAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan kokurikulum akan memulakan sesi latihan rumah-rumah sukan bagi persiapan Kejohanan Sukan dan Olahraga SKBTM 2013 nanti. Justeru itu, semua murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam terlibat dalam sesi-sesi latihan yang disebutkan di atas. Sesi latihan rumah-rumah sukan akan bermula pada hari Isnin, 10 Jun 2013 bermula pada jam 4:00 petang sehingga jam 5:30 petang.

Semua murid telah diberikan surat pemberitahuan latihan dan pihak sekolah ingin memohon jasa baik ibu bapa dan waris supaya dapat menguruskan pengangkutan anak-anak tuan puan ke sesi latihan tersebut. Kehadiran murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing adalah WAJIB. Latihan ini merupakan gantian kepada aktiviti kokurikulum sedia ada.

Semua waris diminta meneliti surat pemberitahuan latihan rumah sukan untuk mengetahui jadual latihan anak tuan puan. Pihak sekolah juga akan mengingatkan semua murid mengenai perkara ini pada perhimpunan pagi.

Sekian, dimaklumkan.