14 Jun 2013

SUKANTARA

Sukacita memaklumkan bahawa pihak pengurusan kokurikulum akan mengadakan sesi sukantara sempena Kejohanan Sukan dan Olahraga Ke 9 nanti. Sesi sukantara itu akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin, Selasa dan Rabu
  • 17, 18 dan 19 Jun 2013
  • 8:00 pagi hingga 11:00 pagi
  • Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap sepanjang ketiga-tiga hari tersebut.

Justeru itu, semua murid WAJIB mengambil bahagian di dalam acara-acara yang dilangsungkan.  Jika anak tuan puan tidak dapat mengambil bahagian disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan, sila beritahu guru kelas atau guru rumah sukan sebelum sesi sukantara dilangsungkan.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.