Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan hari bertemu pelanggan @ waris semua murid pada hari Jumaat, 14 Jun 2013. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua waris berbincang dengan guru-guru berhubung perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Para waris juga akan diberikan buku pelaporan akademik anak-anak tuan-puan.
Program ini dijadualkan bermula pada jam 9:30 pagi di bilik darjah anak-anak tuan-puan. Justeru itu, semua waris dijemput hadir pada masa yang telah ditetapkan. Para ibu bapa dibenarkan membawa anak tuan puan pulang selepas sesi perjumpaan tersebut.
Sesi perjumpaan bagi waris Tahun Enam akan diadakan di Dewan Mutiara bermula jam 9:00 pagi. Satu sesi soal jawab bersama guru-guru mata pelajaran teras UPSR akan diadakan di dewan.
Sesi perjumpaan bagi waris Tahun Enam akan diadakan di Dewan Mutiara bermula jam 9:00 pagi. Satu sesi soal jawab bersama guru-guru mata pelajaran teras UPSR akan diadakan di dewan.
Jika anak tuan puan kehilangan buku pelaporan, sila beli buku yang baharu dan serahkan kepada guru kelas untuk diisi dan dikemaskini maklumat peperiksaan. Buku Pelaporan ada di jual di Kedai Buku SKBTM.
Sekian. Teima kasih.