16 Mei 2013

PROGRAM SMART SOLAT

Adalah dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) dan panitia Pendidikan Islam SKBTM. Program tersebut akan dilangsungkan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 18 Mei 2013
  • Dewan Sekolah
  • 2:00 petang - 5:00 petang
  • Penceramah Undangan - Imam Muda Asyraf 
Justeru itu, semua ibu bapa dan waris murid-murid yang beragama Islam dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Jemputan juga dipanjangkan kepada semua penduduk yang beragama Islam untuk sama-sama hadir ke majlis itu.

Sekian memaklumkan. Terima kasih.