Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah akan mula mengumpul semula buku-buku teks daripada murid-murid. Murid-murid dinasihatkan supaya mengira jumlah buku yang hendak dipulangkan bersamaan dengan amaun yang diterima. Bagi kes-kes kehilangan buku atau kerosakan teruk buku, murid-murid dimestikan mengganti semula buku tersebut dengan membayar kepada Penyelaras SPBT sekolah.
Bagi murid-murid Tahun Enam, mereka dikehendaki memulangkan semula buku pinjaman dengan jumlah yang betul. Syarat yang sama seperti di atas adalah terpakai. Pihak sekolah berhak untuk menahan keputusan UPSR atau menahan sijil berhenti persekolahan rendah mereka sekiranya mereka gagal atau dengan sengaja enggan melangsaikan hutang atau memulangkan (sekiranya ada) peralatan milik sekolah yang masih disimpan oleh mereka.
Guru kelas akan mengaudit stok SPBT bermula hari Isnin, 29 Oktober 2012. Semua murid akan diberikan koleksi buku-buku teks baharu bersesuaian dengan Tahun mereka belajar pada tahun hadapan. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah skim perbekalan buku-buku teks percuma kepada semua murid sekolah rendah dan menengah bantuan kerjaan di Malaysia.
Sekian. Terima kasih.