Adalah dimaklumkan bahawa keputusan rasmi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012.
Ibu bapa dan waris boleh mengambil keputusan UPSR itu bermula jam 10:00 pagi di Bilik Mesyuarat. Sijil Berhenti persekolahan rendah juga akan diberikan bersama-sama slip keputusan UPSR.
Para ibu bapa juga boleh menyemak keputusan UPSR anak tuan-puan melalui khidmat MySMS dengan menaip UPSR angka giliran (cth. UPSR ABC12345678) ke 15888 mulai jam 10:00 pagi.
Para ibu bapa juga boleh menyemak keputusan UPSR anak tuan-puan melalui khidmat MySMS dengan menaip UPSR angka giliran (cth. UPSR ABC12345678) ke 15888 mulai jam 10:00 pagi.
Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tersebut dan ingin menasihatkan murid-murid yang tidak menpat keputusan cemerlang supaya meneruskan usaha gigih di sekolah menengah. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha dengan berdedikasi serta pihak PIBG yang telah membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti peningkatan prestasi akademik murid-murid Tahun Enam.
Sekian dimaklumkan.