Adalah dimaklumkan bahawa majlis sambutan Hari Kecemerlangan Akademik 2012 akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 3 November 2012 bermula jam 8:00 pagi.
Murid-murid yang akan menerima anugerah dikehendaki memakai baju seragam sekolah yang lengkap dan bersih pada hari tersebut serta datang ke sekolah sebelum jam 7:30 pagi untuk urusan pendaftaran dan semakan senarai penerima. Ibu bapa atau waris murid-murid yang berjaya mendapat anugerah pada hari tersebut adalah dijemput hadir.
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada hari Isnin, 5 November 2012 sempena majlis sambutan tersebut.
Sekian memaklumkan.