29 Oktober 2012

Kempen Membaca 2012

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan melancarkan kempen membaca bersempena dengan penganjuran program Bacathon PIBG 2012. Kempen ini bertujuan menanam minat membaca di kalangan murid-murid serta warga sekolah.
 
Guru Besar SKBTM akan melancarkan kempen ini akan dilangsungkan pada hari Selasa, 30 Oktober 2012 pada jam 7:45 pagi di tapak perhimpunan. Semua murid serta warga sekolah dikehendaki membawa bersama-sama ke sekolah sebuah buku cerita untuk dibaca semasa pelancaran kempen tersebut.
 
"Bahasa Jiwa Bangsa"  "Membaca Amalan Mulia"  "Cintailah Bahasa Kita"
 
Sekian. Terima kasih.