07 Oktober 2009

RIMUP 2009

Adalah dimaklumkan bahawa program tersebut akan dilaksanakan pada hari Isnin, 12 Oktober 2009 di sekolah ini. Sebanyak empat buah sekolah terlibat dengan program tahunan ini. Pelbagai acara sukan telah dirancang dan akan dijalankan yang akan melibatkan penyertaan murid-murid Tahun Enam.
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara adalah tuan rumah bagi acara-acara sukan dan permainan. Semua acara yang disebutkan di atas akan dilangsungkan bermula jam 8:00 pagi di gelanggang bola jaring, padang dan dewan sekolah.
Sekian memaklumkan.