01 Oktober 2009

PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan yang bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 31 Oktober 2009. Program ini telah dirasmikan Guru Besar dalam acara gilang gemilang di Dataran Mutiara, SKBTM pada jam 8:00 pagi. Beberapa aktiviti yang menarik telah dirancang bersempena program ini.

Matlamat penganjuran program ini ialah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dari segi komunikasi, sebutan, ejaan dan tulisan yang betul di kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia. Ia selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan pihak kerajaan.
'BAHASA JIWA BANGSA' ' CINTAILAH BAHASA KITA'

Sekian dimaklumkan.