13 Oktober 2009

KARNIVAL SKBTM 2009

Sukacita memaklumkan bahawa pihak Badan Kebajikan Guru dan Staf, SKBTM akan menganjurkan Karnival SKBTM 2009. Karnival ini dijadualkan bermula pada hari Khamis, 29 Oktober sehingga hari Ahad, 1 November 2009 dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

Pelbagai acara menarik telah dirancang di sepanjang empat hari karnival tersebut. Acara-acara menarik termasuklah:-
  • Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta,
  • Demonstrasi kecekapan anggota keselamatan dan pameran kenderaan / peralatan agensi kerajaan,
  • Bazar pakaian, peralatan komputer, produk kesihatan dan kecantikan,
  • Medan selera,
  • 'Fun House @ Rumah Hantu", pertunjukan dan permainan alat kawalan jauh, gerai karaoke, permainan video dan kafe siber,
  • Pertandingan mewarna, pertandingan gubahan bunga segar, pertandingan memasak Rendang Tok, pertandingan Kukur Buah Kelapa, pertandingan futsal, sepak takraw bulat, bola jaring dan lain-lain.
Semua urusniaga di sepanjang empat hari karnival itu adalah melalui kupon. Pihak Badan Kebajikan Guru dan Staf telah mula menjual kupun kepada murid-murid dan staf SKBTM selain daripada penjualan kupon pada hari karnival. Pengunjung boleh membeli kupon dengan harga RM 10.00 setiap satu set.

Semua penduduk setempat adalah dijemput untuk menghadiri karnival ini. Sekian memaklumkan dan terima kasih.