04 November 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2009 yang diumumkan pada hari Khamis, 19 November 2009 menunjukkan peningkatan peratus lulus keseluruhan calon dari tahun 2008.
Sekolah juga telah mengekalkan kecemerlangan dengan bilangan murid yang mendapat 5A kekal seramai 12 orang, iaitu sama seperti tahun 2008.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKBTM yang telah berusaha dengan penuh gigih mencurahkan ilmu dan bimbingan peperiksaan melalui beberapa program peningkatan akademik dan kelas intensif Tahun Enam. Tahniah juga diucapkan kepada semua calon yang berjaya mendapat keputusan 5A. Semoga kejayaan hari ini akan menjadi pendorong untuk kecemerlangan pada masa hadapan.
Kepada calon-calon yang gagal dalam peperiksaan ini diharapkan kamu semua jangan berputus asa dan seharusnya belajar dengan lebih tekun untuk menghadapi peperiksaan lain di sekolah menengah nanti. Teruskan usaha.
Sekian.