01 Mac 2020

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH




Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis pelancaran program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 2 Mac 2020
  • Dataran Perhimpunan Rasmi
  • Program NILAM 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada 'Nadi Ilmu Amalan Membaca'. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Sekian, harap maklum.