16 Februari 2020

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2020 telah dijadualkan akan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 17 Februari 2020
  • 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang
  • Kelas anak tuan puan

Sehubungan itu semua waris penerima bantuan yang disebutkan di atas adalah dijemput ke kelas anak tuan puan pada masa yang dinyatakan di atas. Diingatkan juga supaya membawa bersama-sama kad pengenalan diri semasa mengambil bantuan daripada guru kelas. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima bantuan ini.

Sekian, terima kasih.