08 Januari 2018

PELANCARAN PROGRAM PODIUM DAN PENETAPAN TARGET UPSR 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa program peningkatan akademik murid-murid Tahun Empat hingga Tahun Enam dan penetapan target UPSR 2018 akan dijalankan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 13 Januari 2018
  • 8:00 pagi
  • Dewan Mutiara

Program PODIUM memfokuskan kepada murid-murid cemerlang dan kumpulan murid-murid sipi cemerlang. Program penetapan target pula bertujuan menetapkan sasaran pencapaian murid-murid pada UPSR 2018 yang melibatkan semua murid Tahun Enam. 

Sehubungan dengan itu, semua waris serta murid Tahun Enam 2018 dikehendaki hadir ke sekolah pada hari, masa dan tempat yang dinyatakan di atas. Kehadiaran para waris amat diharapkan bagi membantu menjayakan misi sekolah untuk meningkatkan bilangan 6A.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.