29 Disember 2017

MAJLIS ORIENTASI TAHUN SATU 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa majlis orientasi murid-murid Tahun Satu 2018 akan dijalankan seperti  yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 30 Disember 2017
  • Pakaian uniform lengkap sekolah beserta alat tulis
Pada majlis tersebut akan dijalankan ujian diagnostik kepada murid-murid bagi mengukur keupayaan akademik mereka sebelum dimasukkan ke kelas-kelas sebenar. Para ibu bapa akan diberikan taklimat pengurusan sekolah, pengurusan akademik, kokurikulum dan permainan daripada barisan pentadbir sekolah manakala objektif organisasi PIBG dan sarana ibu bapa dan komuniti daripada Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

Sekian, harap maklum dan terima kasih.