02 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Seluruh warga pendidik SKBTM ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua murid dan ibu bapa sempena ketibaan 1 Syawal 1437H. Guru Besar serta barisan Penolong Kanan memohon semua murid agar menjaga keselamatan diri semasa menyambut hari raya. Pihak sekolah juga ingin mengingatkan semua murid supaya mengulangkaji mata pelajaran bagi menghadapi Ujian Kemajuan Dua yang dijadualkan bermula 25 Julai 2016. 



Sekian. Selamat menyambut Hari Raya, maaf Zahir dan Batin.