14 Julai 2016

LAWATAN VERIFIKASI TAWARAN BAHARU KPM 2016

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak Nazir Persekutuan (Pendidikan) akan membuat lawatan dan sesi penilaian program tawaran baharu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi bahagian sekolah rendah untuk tahun 2016.

Sekolah ini telah berjaya dicalonkan untuk anugerah tersebut dan sehubungan dengan itu lawatan yang disebutkan di atas telah dijadualkan diadakan bermula 18 Julai hingga 21 Julai 2016. Seluruh warga sekolah telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impian mendapat tawaran baharu tersebut. 

Diharapkan segala pengorbanan dan kerja keras seluruh warga SKBTM akan membuahkan kejayaan yang diidamkan itu. Bersama-samalah kita berdoa agar impian tersebut menjadi kenyataan.

Tahniah kepada seluruh warga SKBTM.