02 Februari 2016

PENGGUNAAN BAHAN BANTU BELAJAR - SISIPAN DIDIK BERITA HARIAN

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Murid-murid Tahun Enam akan mula menggunakan bahan bantu belajar tambahan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas untuk semua subjek UPSR 2016 bermula hari Isnin, 2 Februari 2016. Bahan tersebut didapati daripada sisipan akhbar Didik, Berita Harian.


Ini adalah salah satu daripada program peningkatan prestasi akademik UPSR yang diusahakan pihak sekolah bagi meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran menjawab soalan-soalan UPSR disamping memberi pendedahan terhadap teknik menjawab yang betul serta latih tubi soalan-soalan sebenar UPSR.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.