12 Februari 2016

KELAS TAMBAHAN PUZ-ICU-PERDA TAHUN ENAM

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa kelas tambahan anjuran Pusat Urus Zakat (PUZ), Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah dijadualkan bermula pada hari Selasa, 16 Februari 2016. Matapelajaran yang difokuskan adalah mata pelajaran-mata pelajaran wajib Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Kelas-kelas ini akan bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang. Surat pemberitahuan rasmi akan diedarkan kepada semua murid Tahun Enam.

Sekian, harap maklum.