09 November 2015

PERASMIAN PROGRAM "SINERGI 5P" SKBTM

Salam sejahtera,

Sukacita memaklumkan bahawa perasmian program "SINERGI 5P" SKBTM telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-
  • Hari Sabtu
  • 14 November 2015
  • 8:00 pagi
  • Dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Pulau Pinang,
Logo SINERGI 5P
Program SINERGI 5P ini merupakan hala tuju baharu satu usaha transformasi warga SKBTM bagi mencapai kegemilangan dalam aspek pengurusan pendidikan, pembangunan sahsiah dan sikap murid, peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran, pemantapan kemudahan prasarana serta pengukuhan jaringan komuniti sekolah. Program ini akan melalui fasa simulasi bermula Januari 2016 sehingga Disember 2016.

Sekian, harap maklum.. Terima kasih.