04 Oktober 2015

PKSR 2, 2015

Salam sejahtera,

Sukacita memaklumkan bahawa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Dua (PKSR2) akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin - hari Khamis.
  • 19 Oktober- 23 Oktober 2015.
  • Semua kelas Tahun Satu hingga Tahun Lima.
  • Semua subjek teras, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  • Semua soalan dalam Bahasa Malaysia kecuali subjek-subjek bahasa yang dinyatakan di atas.

Diharapkan semua ibu bapa serta waris murid-murid SKBTM menasihatkan anak-anak tuan puan supaya mengulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran yang dinyatakan di atas bagi memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sekian. Harap maklum dan terima kasih.