21 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

Salam sejahtera,

Sukacita memaklumkan bahawa SKBTM akan mengadakan majlis sambutan Hari Guru 2015 pada hari Jumaat, 22 Mei 2015 bermula jam 7:45 pagi di Dataran Mutiara. Majlis ini merupakan acara tahunan warga akademik SKBTM. Berbagai acara menarik telah dirancang dan akan dilaksanakan pada hari tersebut. 


Sambutan Hari Guru 2015 telah disambut pada peringkat kebangsaan pada 16 Mei 2015 dengan tema GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK. Phak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbangkan idea, tenaga, dan dana secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan progam sekolah ini. Terima kasih cikgu.

Sekian. Harap maklum.