24 Mei 2015

HARI TERBUKA 2015

Salam sejahtera,

Sukacita memaklumkan bahawa SKBTM akan mengadakan Hari Terbuka 2015 pada seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Khamis
  • 28 Mei 2015
  • 9:00 pagi
Program Hari Terbuka adalah untuk memberi peluang kepada para ibu bapa serta waris murid-murid SKBTM berbicang dengan para guru yang mengajar anak-anak mereka mengenai prestasi akademik serta perkembangan sahsiah. Pada hari itu juga, ibu bapa serta waris digalakkan berbincang dengan para guru mengenai langkah atau pendekatan untuk meningkat prestasi akademik dan perkembangan sashiah yang cemerlang.

Ibu bapa akan diberikan Buku Pelaporan Akademik yang merekodkan prestasi mata pelajaran di dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) yang baharu sahaja dijalankan. Rekod prestasi ini akan digunakan sebagai penanda aras atau ukuran pencapaian yang dikira untuk majlis Hari Kecemerlangan Akademik kelak.

Sekian. Harap maklum.