26 Januari 2015

SESI LATIHAN RUMAH SUKAN 2015

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi latihan rumah-rumah sukan Kejohanan Sukan dan Olahraga Tahunan 2015 adalah seperti berikut:-

  • Hari Isnin dan Rabu  - Rumah Biru dan Rumah Merah
  • Hari Selasa dan Khamis - Rumah Hijau dan Rumah Kuning
  • Tarikh mula latihan - 2 Februari 2015
Masa latihan untuk semua sesi bermula pada jam 3:00 petang hingga 5:00 petang. Semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam adalah diwajibkan hadir pada sesi latihan mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan. Segala perubahan akan diberitahu pada perhimpunan rasmi. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan pihak sekolah kepada semua ibu bapa dan waris murid.

Sekian. Harap maklum.